Pada 17 Disember 2012, semua Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha JKKK dalam Daerah Kuala Terengganu telah dijemput menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan JKKK Daerah Kuala Terengganu bertempat di Taman Tamadun Islam Terengganu, Pulau Wan Man ( TTI ) jam 8.30 malam.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Tuan Haji Wan Nawawi. JKKK Pecah Rotan telah menerima saguhati dengan membawa pulang wang Tunai RM 500.00 serta sijil. Tahniah
Friday, December 21, 2012
Monday, December 17, 2012
Bangunan Tambahan
Pihak Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Pecah Rotan mengucapkan terima kasih kepada YB Tuan Haji Khazan bin Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit yang telah menyalurkan peruntukkan beliau bagi membuat tambahan kepada bangunan JKKK/UMNO yang sedia ada yang dijalankan secara gotong royong oleh AJK JKKK bermula pada 23 November 2012
Pada 10 Disember 2012 akhirnya bangunan tambahan tersebut siap dibina dengan keluasan bangunan tambahan tersebut 22 kaki X 30 kaki. Terima kasih daun keladi kepada YB Ustaz Haji Khazan Che Mat kalau ada peruntukan hulur-hulurlah lagi....
atap untuk bangunan tambahan |
Dinding & kerangka atas |
bahagian bumbung |
bahagian dalam |
bahagian tepi dalam pembinaan |
dalam pembinaan |
Pada 10 Disember 2012 akhirnya bangunan tambahan tersebut siap dibina dengan keluasan bangunan tambahan tersebut 22 kaki X 30 kaki. Terima kasih daun keladi kepada YB Ustaz Haji Khazan Che Mat kalau ada peruntukan hulur-hulurlah lagi....
Bangunan Tambahan yang telah siap |
Bahagian Dalam |
Bahagian dalam atas & bawah ( lantai ) |
Pentas - bahagian hadapan |
Program gotong royong
Sebagai persediaan menyertai pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Pecah Rotan telah mengadakan persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut.
Aktiviti gotong royong semestinya menjadi agenda utama dalam mempersiapkan diri bagi menyertai pertandingan tersebut. Ahli Jawatankuasa JKKK telah mengadakan program gotong royong pada setiap minggu hari Jumaat mulai bulan November sehinggalah hari penghakiman nanti. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong royong di sepanjang laluan utama, Masjid, Tanah Perkuburan, Balai JKKK/UMNO Pecah Rotan.
Aktiviti gotong royong semestinya menjadi agenda utama dalam mempersiapkan diri bagi menyertai pertandingan tersebut. Ahli Jawatankuasa JKKK telah mengadakan program gotong royong pada setiap minggu hari Jumaat mulai bulan November sehinggalah hari penghakiman nanti. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong royong di sepanjang laluan utama, Masjid, Tanah Perkuburan, Balai JKKK/UMNO Pecah Rotan.
Wanita turut sama menjayakan kerja-kerja gotong royong ( Puan Baidah binti Haji Puteh ) |
Puan Fatimah binti Hashim sedang mengecat Bangunan JKKK/UMNO |
Bendahari & AJK sedang menyiapkan tanda bangunan JKKK/UMNO ( Noruddin bin Iman, Mat Lazim Hashim & Azizi bin Omar ) |
membetulkan kerek bagi menanam pokok bunga |
Kerja-kerja membina tanda sempadan kampung |
Meruntuhkan wakaf usang yang tidak digunakan |
Gotong royong di Tanah Perkuburan |
Kerja-kerja memasang pagar buluh - hindari dari haiwan ternakan |
Pengerusi Biro Sosial & Pembangunan Fizikal sedang memasang pagar buluh |
Timbalan Pengerusi JKKK sedang memasang pagar buluh |
Program Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha
Sebagaimana kelaziman..... program korban diadakan pada setiap kali tibanya Hari Raya Aidil Adha tidak terkecuali pada Hari Raya Aidil Adha tahun ini 1433 H. Pada tahun ini seramai 28 orang peserta terlibat dalam menjayakan program tersebut dengan mengorbankan 2 ekor lembu dan 2 ekor kerbau. Sebahagian daripada daging-daging tersebut telah diagih-agihkan kepada penduduk kampung dan juga orang-orang yang susah dan miskin. Pihak Jawatankuasa mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program korban tahun ini yang turut dihadiri oleh Mantan ADUN Batu Rakit, Ybhg. Dr Abdul Wahab bin Ngah.
Kerbau diikat sebelum disembelih |
mata kerbau ditutup agar tidak mengamuk |
Lembu yang telah disembelih |
Kerja-kerja melapah dijalankan |
Proses membahagikan daging |
Mantan ADUN Batu Rakit - Dr Abdul Wahab Ngah ( baju putih ) |
Sunday, December 16, 2012
Program MABIMS 2012
Program MABIMS ini melibatkan belia-belia dari Negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura telah diadakan di Kg. Pecah Rotan, Batu Rakit, Kuala Terengganu dari 14 hingga 15 November 2012. Program ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Haji Khazan bin Che Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit.
Di antara pengisian yang diadakan bagi memenuhi program tersebut ialah Kuliah Maghrib di Masjid Kg. Pecah Rotan yang disampaikan oleh Ustaz Tarmizi Ali dari Institut Quran Terengganu.
Pada sebelah paginya - 15 November 2012 diadakan program gotong royong di persekitran Masjid, Tanah Perkuburan dan juga gotong royong menyiapkan jamuan tengahari dengan menumbangkan dua ( 2 ) ekor lembu
Gotong royong melapah lembu |
Peserta MABIMS mengadakan gotong royong di Tanah Perkuburan |
Gotong royong di Perkarangan Masjid |
Setelah berpenat lelah mengadakan gotong royong dan menziarahi warga yang uzur, tetamu VIP dan peserta serta warga kampung menikmati jamuan nasi gulai kawah yang telah disiapkan oleh golongan hawa yang telah bertungkus lumus menyiapkan jamuan tersebut.
Penghulu Mukim Batu Rakit & Pegawai Khas YB ADUN Batu Rakit menikmati jamuan |
Alhamdullillah ! sedap sungguh .... |
sedang tapau gulai untuk diberikan kepada tetamu sebagai " buah tangan " |
selalunya kaum Hawa yang lewat menikmati hidangan bagi memastikan kesempurnaan majlis |
Majlis penutup |
Peserta sedang mendengar ucapan yaang disampaikan oleh tetamu VIP |
Bergambar kenangan sebelum balik |
Saturday, December 15, 2012
salam sejahtera
lama tak kemaskini... malam ni ada di Citiview Hotel Kuantan untuk exam OUM esok sambil-sambil kemaskini blog Pecah Rotan
Friday, September 21, 2012
Program Berbuka Puasa Bersama AJK
Program Berbuka Puasa AhliJawatanKuasa Kampung bersama Penghulu Mukim Batu Rakit, En. Khairul Anuar Bin Hashim.
Lokasi : Restoran Sri Budi, Kuala Terengganu
P/s: Berikut adalah sebahagian daripada foto-foto yang sempat diambil beberapa minit sebelum majlis bermula.
Majlis Berbuka Puasa di Masjid Pecah Rotan
Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk kampung Pecah Rotan dan kampung sekitarnya
( Ogos 2012 )
Turut hadir juga YB Ust Hj Khazan Bin Che Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit serta En. Khairul Anuar Bin Hashim selaku Penghulu Mukim Batu Rakit.
Hasil kerjasama penduduk kampung memasak dan menyediakan juadah berbuka puasa |
Lebih kurang 50 hidangan yang disediakan oleh penduduk kampung dengan 1 hidangan cukup untuk 4 orang dan mula dibawa untuk dihidangkan di masjid mulai jam 6 petang.
Sebahagian penduduk di bahagian luar perkarangan masjid tidak kurang juga meriahnya |
Usai majlis berbuka puasa berlangsung, solat maghrib secara berjemaah yang didirikan menjadi pelengkap jalinan ukhuwah antara seluruh anggota dan penduduk kawasan.
Alhamdulilah majlis dirai dengan gembira dan cukup bersederhana. Sesungguhnya pembaziran adalah amalan syaitan musuh Islam dan sangat sangat ditegah oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w..Semoga keberkatan mengiringi kita semua. amin...
Voucher Dana Hari Raya, Kurma & air Zam-Zam
Program Penyampaian Voucher Dana Hari Raya, Buah Kurma & Air zam-zam
(Ogos 2012)
Tarikh : 17 Ramadhan 1433H
Lokasi : Balairaya Kampung Pecah Rotan, Kuala Terengganu
Masa : jam 9.00 pagi
Wakil penerima bantuan dana dalam kalangan wanita |
Wakil penerima bantuan dana dalam kalangan laki-laki |
Seramai 84 orang penerima Voucher Dana Hari Raya manakala pengagihan buah kurma dan air zam-zam diberikan kepada lebih kurang 115 keluarga. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar atas kerjasama padu yang ditunjukkan oleh seluruh penduduk kampung.
Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir semoga segala manfaat dikongsi bersama :)
Subscribe to:
Posts (Atom)