Sunday, July 29, 2012

Salam Aidilfitri

 Raya datang lagi, apalagi ini lah masa yang sesuai bagi kanak-kanak untuk kutip angpau banyak-banyak sampai penuh poket baju dan seluar tu :)



Kucing kelabu selalu tak dapat lena
Matanya besar tersenyum malu
Moga Ramadhan ini penuh bermakna
Agar hidup diberkati selalu

Esok lusa Syawal nak tiba
Rabu cuti, Khamis dah kerja
Emak bapak melonjak nak raya
Tapi anak-anak sibuk nak periksa

Nak bakar lemang bomba tak bagi
Rebus saja ketupat di service balcony
Banner raya awal-awal lagi dah ready
Menanti si perantau pulang beraya tahun ni



Program Desa Warisan Bangsa bersama Student UNISZA


Program Anak Angkat bersama Pelajar UniSZA.

        Pada 18 Mei 2012 yang lepas telah diadakan sebuah program anak angkat yang dinamakan Program Desa Warisan dan Bangsa yang bertempat di Kg. Pecah Rotan, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Program ini dijalankan dengan kerjasama pelajar-pelajar daripada Fakulti Informatik di Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) bersama JKKK Kampung Pecah Rotan. Program tersebut berlangsung selama 2 hari 1 malam (18-19 Mei 2012).

Banner program.

            Tanpa melengahkan masa program tersebut segera dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Mohd Jidin bin Shafie dan sedikit ucapan daripada setiausaha JKKK Pecah Rotan, pengarah program dan beberapa wakil pelajar. Selepas itu, program diteruskan dengan sesi penyerahan anak angkat kepada keluarga masing-masing.



Sebahagian daripada peserta program anak angkat daripada UniSZA


             Pelbagai aktiviti menarik bagi memeriahkan sesi ramah mesra bersama keluarga dan anak angkat yang sempat dijalankan semasa program berlangsung. Antaranya ialah acara sukan dan riadah yang berlangsung di padang kampung pecah rotan pada jam 5 petang.

Acara tarik tali bersama pelajar UniSZA dan penduduk kampung.
Peserta wanita seronok bermain game bola beracun.


Jaguh bola sepak turut menonjolkan aksi
Gembira dan seronok bermain getah
Bowling kelapa sebagai acara penutup riadah bersama penduduk pecah rotan.




Pada sebelah malam pula diteruskan dengan acara membakar ayam BBQ oleh penduduk kampung bersama para pelajar(anak angkat). Sikap tolong-menolong dan kerjasama yang ditunjukkan semua pihak amat memuaskan. Aktiviti BBQ diselangi dengan majlis cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada keluarga yang bertuah bagi memeriakan lagi suasana.

Letih dan penat tidak kelihatan malah wajah kegembiraan terpancar di wajah setiap peserta program.


Keesokan hari program tersebut dilengkapkan lagi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kubur berdekatan, membersihkan kawasan masjid kampung dan memasak bersama-sama penduduk kampung.

Bekerjasama menjayakan gotong-royong di kawasan kubur, masjid dan memasak lauk tengahari.

Sesi fotografi menjadi pelengkap menamatkan program Desa Warisan Bangsa bersama JKKK Kg. Pecah Rotan. Program tersebut berakhir pada jam 5 petang, 19 Mei 2012.

Sentiasa dalam kenangan.