Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah antara sedar ataupun tidak sedar sudah 20 hari umat islam menjalani Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan sepertimana yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran. Malam ini telahpun masuk malam yang ke-21 jadi marilah sama-sama kita mengejar serta mencari keajaiban suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar.
Yang bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam(dengan amal ibadah), mengejutkan keluarganya(bangun beribadah), bersungguh-sungguh(dalam ibadah) dan uzlah daripada isteri-isterinya."
Hidupkan malam berIBADAH dan IKTIKAF. BERDOA, BERTASBIH lah dan memohon keampunan dari Allah. Insya-Allah semoga kita semua dilindung dibawah rahmat dan kasih-Nya.
Antara amalan yang dilakukan oleh baginda adalah beriktikaf di masjid. Selain itu, terdapat juga amalan doa yang diajarkan oleh baginda iaitu seperti hadis berikut, Dari A'isyah r.a. "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, seandainya aku mengetahui malam Lailatul Qadar, apa yang yang sebaiknya aku baca?". Rasulullah bersabda bacalah : "Allahuma innaka afuwun kariim tuhibbul 'afwa fa'fu'anna" (H.R. Tirmidzi)
للَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اْلعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau Menyukai Pemaafan, Kerana itu, Berilah maaf kepadaku”(HR.at-Turmudzi, no.3513; Ibn Majah, no.3850; Ahmad, VI, 171; al-Hakim, I, 530; an-Nasa’i, ‘Amalul Yawm Wallailah, no.878; Lihat, Shahih at-Turmudzi, III, 170, no.2789)(SUMBER: Doa Dan Wirid, karya Ust.Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Pustaka Imam asy-Syafi’i)
Semoga kita sama-sama berusaha meningkatkan amalan-amalan seperti solat malam, bertilawah al-qur'an, bersedekah(zakat), berzikir, berdoa dan semua amalan-amalan kebaikan lainnya untuk merebut ganjaran-ganjaran dan kelebihan yang Allah janjikan sebagai bonus di bulan ramadhan pada tahun 1433H/2012M ini.
Salam ramadhan al-mubarak..khas daripada seluruh warga kampung Pecah Rotan.
Salam ramadhan al-mubarak..khas daripada seluruh warga kampung Pecah Rotan.